special For you FAQEH ! HB ! =)

ermm . birthday faqeh . dia kawan BAIK aku . ( aku jer yg ckp dia kwn baik aku , bagi dia aku tak tahu laa )
tak tahu nak bagi apa , so i'll just give him a SAD story . HAHA . cerita sdeyh ? ohhh ! boleh ker aku buat ? i'll try ;D   try to enjoy my story okayy ?


         Mellina . seorang gadis yang sangat menawan  . Pertama kali melihat Mellina hati Faqeh ( bkn nama sbnr ) sudah terpaut . Tapi malangnya , Mellina sudah dimilki Iqram iaitu kwn baik Faqeh . Pada asalnya , Faqeh dan Mellina telah berkawan sejak kecil lagi . Mereka membesar bersama dan seterusnya melanjutkan pelajaran di universiti yang sama . Sudah lama Faqeh menyimpan perasaan trhadap Mellina . Mellina tahu , namun dia hanya menganggap Faqeh sebagai teman rapatnya . TIDAK LEBIH dari itu . Tambahan pula kehadiran Iqram membuatkan perasaannya tiada pada Faqeh .

         Tangal 9 Disember telah merenyuk hati Faqeh , setelah 3 tahun slepas mereka menamatkan pengajian mereka , Mellina dan Iqram telah membuat keputusan untuk berkahwin . Faqeh sangat kecewa dengan keputusan mereka . NAmun sebagai kawan , Faqeh tetap menunjukkan penerimaan yang baik terhdap keputusan mereka dan telah membantu dalam persiapan perkahwinan mereka

        Oleh kerana terlalu kecewa , Faqeh telah membawa diri ker United Kingdom dan melanjutkan pelajarannya . Faqeh meninggalkan negara tanpa memberitahu sesiapa termasuk wanita yang dicintainya , Mellina .

         Tutup kisah Faqeh . Mellina dan Iqram hidup bahagia bersama . Iqram merupakan seorang lelaki yang amat bertanggungjawab . Mellina berasa sangat tenang di samping lelaki itu . Mereka jarang bertengkar . Namun apabila bertengkar , Iqram lah yang akan selalu mengalah . Iqram lah yang akan segera memujuk Mellina . GEMBIRA , ya perkaatan itu sahaja yang dapat menggambarkan perasaan Mellina apabila berkahwin dgn Iqram
**********************************************************************************

        Hari itu merupakan ulang tahun perkahwinan Mellina dan Iqram yang pertama . Mereka telah merancang untuk menikmati makan malam di sebuah restoran Itali . Tanpa diketahui Iqram , Mellina telah menyediakan satu surprise untuk Iqram . Dia ingin memberitahu bahawa dia telah disahkan mengandung 6 minggu .

          Semasa dalam perjalanan , mereka tidak banyak bercakap . Hanya kedengaran lagu Jangan Pisahkan berkumandang di radio .
         "Mell , kalau ditakdirkan abang tiada , Mell carilah pengganti abang ya ? Abg x nak Mell sorang2 . At least ada org yg boleh jaga Mell " tiba-tia Iqram memecah kesunyian

        "Apa abg cakap ni ? ni hari bahagia kita laa. Janganlh cakap benda bukan2 mcm ni " Mellina rasa kurang selesa .

        Iqram hanya diam. Mereka meneruskan perjalanan seperti biasa , Namun beberapa minit kemudian Iqram memaklumkan bahawa dompetnya tertinggal di rumah . Mereka berpatah balik ke rumah . Sesampai di rumah , Iqram segera memasuki rumah . Mellina hanya menunggu di dalam kereta.

        Namun , setelah 15 minit berlalu ,Iqram tidak keluar juga dari rumah . Mellina mula berasa cemas lalu mengambil keputusan untuk masuk ke rumah dan memanggil suaminya .

       " Abang . ABnag kat mana ? lamanya ambil dompet ? "

       Langkah Mellina terhenti apabila melihat sekujur tubuh terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah . Walaupun keadaan agak samar , namun jelas di mata Mellina bahawa tubuh itu milik suaminya . Hancur hatinya melihat mayat suaminya itu . Hari yang sepatutnya menjadi hari paling bermakna , berubah menjadi tragedi sekelip mata . Mellina merangkul tubuh suaminya seerat-eratnya . Darah yang mengalir tidak dipedulikannya . Di dalam hatinya , cuma satu yang dirasa . Ingin mati bersama suaminya .

         "Mellina . " suatu sura memanggil
       
         Mellina berpaling . Tanpa diduga , berdiri satu susuk tubuh lelaki .

         " KAu ! kau yang bunuh suami aku ? Lelaki tak guna ! Apa salah dia pada kau ? Kau lelaki binatang " Mellina tidak dapat mengawal emosi dan memukul-mukul lelaki itu

         " lelaki tu takkan dapat bahagiakan kau . Aku shj yg mampu . Mellina , aku dah lama mencintai kau . Kenapa kau tak terima aku Mellina . Kalau aku tak dapat kau , tiada siapa yang boleh ! " ayat terakhir lelaki itu disertakan satu tusukan pisau tajam membelah perut Mellina

        Mellina rebah . " Anak ibu . Maafkan ibu , kau tak dapat lahir ke dunia " Akhirnya Mellina kaku tidak bernyawa .

       "Kalau aku tak dapat kau , takder sapa yang boleh dapat kau Mellina . Aku sahaja ! Aku yang layak ! HAnya aku Mellina ! hanya aku ! Sekarang , marilah kita bersatu di alam sana  " kata lelaki itu

        Lelaki itu tanpa ragu mengelar pergelangan tangannya berkali-kali . Tamatlah kehidupan ketiga-tiga insan itu dalam keadaan yang penuh tragis .
**********************************************************************************
    Dalam siasatan yang dijalankan , pihak polis telah menemui sekeping nota bunuh diri yang berbunyi

'Mellina . Kaulah satu-satunya wanita yang pernah aku cintai dalam hidupku . Begitu lama aku menunggu dirimu , namun akhirnya kau memilih dia dan bukannya aku . Menghilangnya diri ku ke perantauan untuk mengubat luka di hati , namun ak seksa ! sungguh ! aku sangat seksa . Tiap detik tiap masa hanya kau yang aku ingat . Jiwa aku meruntun merinduimu , meninginkanmu . dan akhirnya aku tekad , jika kau bukan milikmu , maka tiada siapa juga berhak ke atas dirimu . MELLINA, KAU CINTA PERTAMAKU DAN KAU CINTA TERAKHIRKU ....   -faqeh '

**********************************************************************************


okayyy . cerita dah habis . maaf cerita merepek . on the spot jer reka .
to faqeh , HAPPY BIRTHDAY . cerita tak best but ak harap kau suka andd harap kau nangis laaa ;D

eeee . geli dohh buat cerita sdeyh2 nie . kalau cerita sakai ya la aku pro . HAHA . enjoy ya ?




lots of love ,
mayraaa ( sakai )

       

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments